Sunday 18 May 2014

Screening Night

16.5.2014, malam yang dinanti-nantikan setelah melalui 12 minggu kuliah pengarahan filem dan production TV.  Hati saya juga menanti-nantikan hasil yang dihasilkan oleh kumpulan (advertising) kami. Saya percaya banyak orang juga mempunyai perasaan seperti saya terutamanya pengarah. Setelah bertungkus-lumus menyiapkan filem mereka,akhirnya dapat ditayang juga.
                    Saya berasa kagum terhadap pengarah kerana saya tahu progress untuk menghasilkan sesuatu filem adalah susah. Tentulah mereka lebih gelisah dan lebih exciting untuk tengok karya mereka sendiri.
                    Semua karya yang dihasilkan mempunyai keistimewaan mereka sendiri( dari segi shooting,editing,background music,directing,dan sebagainya).Selain itu, saya juga berasa pelakon juga memainkan peranan yang penting untuk menghidupkan filem tersebut. Saya sangat suka terhadap lakonan Anis Mastura dan Syarifah Damia yang cukup natural dan professional. Jika ada anugerah pelakon terbaik,pasti mereka berdua yang akan dapat.
                      Walaupun ada kekurangan dalam karya yang dihasilkan seperti background music yang terlalu kuat, percakapan pelakon yang tidak jelas, dan sebagainya, namun, saya berasa masih boleh diperbaiki lagi untuk menghasilkan karya yang lebih baik.
                        Menantikan 4th sceerning night yang akan datang pada tahun 2015! Syabas terhadap committee yang menjayakan 3rd screening night~
       

No comments:

Post a Comment