Thursday 29 May 2014

Movie Review: Never Been Kissed

Petikan di atas merupakan satu kenyataan oleh watak utama di dalam filem Neven Been Kissed, iaitu Josie Geller (lakonan Drew Barrymore), dan diarahkan oleh Raja Gosnell. Pada pendapat saya, Josie menyampaikan kenyataan tersebut di satu majlis prom night South Glen South High School adalah berdasarkan pengalamannya sendiri kerana beliau telah melalui tempoh sebagai seorang pelajar sehinggalah ke alam pekerjaan dan dua situasi adalah sangat berbeza. Maksud Josie di sini adalah, meskipun kita berjaya mahupun gagal di alam persekolahan, tidak bermakna masa depan kita sudah dapat kita jangkakan. Tiada siapa tahu di mana kita akan berada selepas kita menamatkan pengajian, kerana apa yang dapat dijaminkan adalah diatas usaha kita yang berterusan. Josie yang merupakan seorang yang digelar nerd dan dibuli semasa beliau merupakan seorang pelajar, akhirnya mencapai minatnya untuk menceburi dalam bidang kerwartanan. Ini maksudnya petikan yang disampaikan oleh Josie adalah, kita tidak perlu terlampau selesa mahupun terlampau risau tentang apa yang telah kita lakukan semasa di sekolah kerana masa depan kita tidak dapat diukur berdasarkan itu sahaja.



Public Screening

MEI 27HB 2014 (ISNIN)-Hari ini merupakan public screening . Public screening ini diadakan di fakulti alam bina. Segala berjalan dengan lancar dan kami semua juga sangat menikmati jamuan yang diadakan pada malam tersebut. Public screening ini dapat dimeriahkan lagi jika ada ramai orang yang datang menyaksikannya. Kami bersyukur kerana cuaca pada malam tersebut adalah cerah tiada hujan.
                 Public screening dapat mengeratkan hubungan kita antara krew produksi yang lain melalui pertukaran hadiah, bermain permainan. Saya berasa gembira kerana public screening juga tandanya berakhirlah sem ini dan kami akan melangkah ke sem seterusnya.

Sunday 18 May 2014

Screening Night

16.5.2014, malam yang dinanti-nantikan setelah melalui 12 minggu kuliah pengarahan filem dan production TV.  Hati saya juga menanti-nantikan hasil yang dihasilkan oleh kumpulan (advertising) kami. Saya percaya banyak orang juga mempunyai perasaan seperti saya terutamanya pengarah. Setelah bertungkus-lumus menyiapkan filem mereka,akhirnya dapat ditayang juga.
                    Saya berasa kagum terhadap pengarah kerana saya tahu progress untuk menghasilkan sesuatu filem adalah susah. Tentulah mereka lebih gelisah dan lebih exciting untuk tengok karya mereka sendiri.
                    Semua karya yang dihasilkan mempunyai keistimewaan mereka sendiri( dari segi shooting,editing,background music,directing,dan sebagainya).Selain itu, saya juga berasa pelakon juga memainkan peranan yang penting untuk menghidupkan filem tersebut. Saya sangat suka terhadap lakonan Anis Mastura dan Syarifah Damia yang cukup natural dan professional. Jika ada anugerah pelakon terbaik,pasti mereka berdua yang akan dapat.
                      Walaupun ada kekurangan dalam karya yang dihasilkan seperti background music yang terlalu kuat, percakapan pelakon yang tidak jelas, dan sebagainya, namun, saya berasa masih boleh diperbaiki lagi untuk menghasilkan karya yang lebih baik.
                        Menantikan 4th sceerning night yang akan datang pada tahun 2015! Syabas terhadap committee yang menjayakan 3rd screening night~