Saya pernah menjadi seorang guru sementara di sebuah sekolah rendah di Kelantan. Pada masa itu, saya berpendapat adalah wajar untuk menghukum murid-murid yang nakal dan murid yang mempunyai masalah disiplin yang serius. Tetapi, saya tidak menjaga perasaan murid-murid tersebut. Saya berpendapat mereka akan berubah menjadi baik jika mereka dihukum. tetapi, selepas menonton filem ini, pendapat saya adalah salah. Stail pengajaran guru yang berbeza akan membentuk murid yang berbeza. Setiap murid (sekolah rendah) mereka mempuyai fikiran mereka yang sendiri dan kebanyakan mereka berkelakuan nakal adalah mempunyai alasan mereka sendiri. Kami hanya hukum mereka ketika mereka berkelakuan nakal tetapi kami tidak pernah menyoal mereka mengapa mereka berkelakuan demikian.
Kadang-kala, kami juga perlu berfikir dari sudut mereka. Mungkin perbuatan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara murid dengan guru. Mungkin perbuatan ini akan mengubah masa depan/pemikiran murid tersebut.
Lagu ini merupakan salah satu lagu kegemaran saya dalam filem Les Chorites.
http://www.youtube.com/watch?v=Q0svzdqOOWo
No comments:
Post a Comment